Monday, January 30, 2017

BERCUTI DI GRAND LEXIS PORT DICKSON

Assalamualaikum. Lama tak berceloteh di blog ni. Sebenarnya nak share pengalaman mama bercuti di Grand Lexis Port Dickson. Dah lama mengidam nak tinggal satu malam di chalet atas air dan mandi di kolam private pool tu.
.

Hari  Khamis  yang lepas abah ajak pergi booking bilik di Grand Lexis. Lepas Maghrib kami pon pergi booking. Receptionist tu beritahu bilik deluxe yang untuk 2 orang dah penuh. Yang tinggal hanya bilik executive dan bilik yang lagi mahal. Kami berfikir panjang juga. Sementara ada rezeki bonus Shaklee kami setuju untuk ambil bilik executive pool villa.
.

Hari Sabtu yang ditunggu tiba. Masing-masing excited. Kami check in pukul 3 petang. Lepas check in kami dibawa oleh kenderaan buggy sampai depan pintu bilik chalet. Terpegun melihat suasana seperti perkampungan atas air. Sangat cantik.
.

Masuk bilik sahaja kami disajikan dengan pemandangan private pool yang cantik. Hanya kami saja yang akan mandi di kolam itu. Tanpa orang lain. Kami memang mementingkan aurat. Hence private pool is the best choice. Fasiliti lain termasuk 2 buah katil king yang empuk, sebiji tv, ada dapur dilengkapi microwave, dan bilik air yang sangat selesa dan bersih.
.

Aktiviti petang tu adalah mandi pool. Umar sangat excited pada mulanya tapi selepas beberapa ketika dalam air dia mula menggigil kesejukan. Mama risau juga. So kejap je mandi. Lepas mandikan Umar, dia pon lena kepenatan.
.

Petang kami jalan-jalan menyusuri perkampungan atas air sambil menyaksikan matahari terbenam. Tempat ni sangat sesuai untuk pasangan pengantin berhoneymoon. Tapi ramai juga yang datang berkeluarga dan ada juga sekumpulan remaja.
.

Masuk waktu maghrib kami pon masuk bilik. Aktiviti malam adalah dinner dan tidur merehatkan diri. Keesokan paginya lepas menunaikan solat Subuh kami keluar untuk breakfast yang disediakan sekali dengan pakej penginapan. Breakfast buffet yang menyediakan pelbagai juadah makanan. Rambang mata dibuatnya. So mama dan abah makan nasi goreng dengan telur dadar. Umar makan bubur nasi telur dadar. Dessert pulak adalah pudding roti yang sedap. Sebenarnya nak makan lagi. Tapi perut dah kenyang.
.

Jadi kami pon balik bilik. Aktiviti seterusnya adalah mandi pool lagi. Kami mandi puas puas sebab dah last day. Lepas puas mandi masing-masing kepenatan dan sambung tidur lagi. Tepat pukul 12 tengahari kami pon check out.
.

Overall sangat puas hati dan in sya Allah kalau ada rezeki lagi nak cuba Lexis Hibiscus water chalet pulak. Bagi yang berminat nak pergi chalet macam ni booking la awal-awal sebab memang laku betul. Lambat je mesti dah penuh..


Ni yang buat mama bersemangat nak usaha dapatkan bonus Shaklee gemuk-gemuk so that at the end of the day dapat reward diri camni.
.

Sebenarnya Shaklee bukan bagi bonus je. Shaklee juga bagi peluang untuk pergi Umrah, international trip ke jepun, USA dan naik cruise. Bestnya.
.

BERMINAT NAK JADI BISNES PARTNER MAMA? SO FAR KITA DAH ADA BEBERAPA ORANG AGEN
1)      NORMAH (TAIPING)- 0125695284
2)      FATIMAH (IPOH)- 0195261652
3)      ATIQAH (PAHANG)- 01140220010
4)      AIN (KUALA LUMPUR)- 0178463034
5)      EFY (AMPANG)- 0182989161
.

BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA ATAU AGEN SAYA DI ATAS


MAMA UMAR  0134234359

Thursday, December 1, 2016

KISAH SUSU IBU KURANG DAN ANAK KUNING


Setiap ibu yang mengandung dan melahirkan anak mesti ada ceritanya dan diuji.  Mama dah siap-siap ambil cuti 2 minggu awal sebelum due date. Seronoknya cuti awal. Boleh makan sedap-sedap dan rehat kat rumah. Tapi sempat cuti sehari je.

Keesokan harinya mama dah rasa lain macam. Perut mulas-mulas macam nak buang air besar dari tengahari. Tapi tak lawas. Banyak kali berulang alik ke tandas. Mama buat tak tau je la. Mungkin sembelit agaknya. Mama buat kerja seperti biasa.

Tiba waktu Maghrib ada tompokan darah pada celana. Ok memang sah tanda bersalin. Sakit pon makin kerap setiap 10 minit. Mama bagitau abah. Abah buat cool rileks. Kata abah kita solat Isyak dulu pastu baru bertolak ke Hospital Azzahra. Hospital Azzzahra bukan dekat tau. 45 minit perjalanan.

Ok takpe mase tu mama masih boleh tahan lagi. Buat breathing technique. Sempat solat berjemaah.Check beg dah complete belum. Lepas isyak terus chow.

Dalam perjalanan memang tak lepas handle kereta. Setiap kali contraction pegang handle kuat-kuat dan selawat. Sampai je Hospital sister check bukaan dah 5cm. Ok terkejut. Tak lama dah ni. Excited nak jumpa Umar tapi dalam masa yang sama takut nak bersalin. Contraction makin lama makin kerap dan kuat hanya Allah yang  tahu. Mama buat-buat sado taknak ambil epidural sebab fikir dah 5cm aku mampu kot. Tapi seriously sakit especially after doctor pecahkan air ketuban terus rase nak terberanak. Then bagitau misi rase nak beranak sangat ni.

Diorang pon kelam kabut prepare kelengkapan. Push push sekuat hati tapi tak sedar pon doctor dah pakai vacuum. May be prolonged second stage.

Alhamdulillah lepas dengar Umar menangis mama lega. Apgar scor 9/10.Dapat tengok Umar kejap je lepastu misi bawa ke ruang baby. Lepas habis jahit mama di bawa ke wad. Penat tapi excited sampai tak leh tidur. Makanya tidur-tidur ayam je. Abah pon same.

Pastu misi masuk bawa Umar. Mase tu la mama dapat tengok Umar dekat-dekat. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah bahagianya rasa. Lepas maghrib hari Umar dilahirkan, kami dah boleh balik.

Balik rumah mama dah start kene oncall. Umar menangis setiap jam. Susu badan tak berapa ada. Ya Allah memang menguji kesabaran. Mama tak dapat tidur lena. Kesian pon ada.  Jadi opah Umar bagi susu formula sikit. Dalam keadaan terdesak semua pon jadi. Dari kesian tengok anak dehydrated bagi la sikit susu formula. Tapi rasa terkilan sikit.

Esoknya misi klinik kesihatan datang check Umar dan mama. Umar nampak kuning/jaundice. Kene pegi KK ambil darah. Paras bilirubin dalam darah Umar sangat tinggi. Disebabkan Umar baru hari ke2 jadi Umar perlu masuk wad.

Nak dipendekkan citer kuning Umar ni berlanjutan lebih 2minggu. So hari-hari la berulang alik ke klinik Kesihatan ambil darah. Penyebab kuning Umar adalah breastmilk jaundice.

Ok macam mane mama maintain susu ibu?

1)       Pertama sekali jangan culas pam susu. Pagi-pagi adalah waktu terbaik untuk pam susu. Ikut prinsip demand dan supply.
2)       Makan makanan yang seimbang. Rajin makan kurma atau oat.
3)       Minum air kosong banyak
4)       Sentiasa positif dan jangan stress
5)       Support dari husband sangatlah penting
6)       Mama ambil set berpantang Shaklee.

Sebab mama percaya kan brand Shaklee ni dari dulu lagi.

Mama ambil Alfalfa, vitalea dan vitamin C.

Alfalfa untuk milbooster. Alfalfa ni actually tumbuhan herba yang akar dia sangat dalam jadi banyak nutrient diserap. 
Bagus untuk membantu menambahkan susu badan.

Vitalea adalah multivitamin untuk lengkapkan nutrient dalam badan kite.

Vitamin C untuk membantu penyembuhan luka dengan cepat.


Nak set berpantang Shaklee?

Wassap Mama Umar
011-21885902

KISAH IBU SEDIH PERIOD TAK TERATUR




Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Umar dah genap setahun bulan November lepas. Anak mama ni dah banyak akal dan makin bijak. Banyak suka duka sebelum melahirkan Umar. Kalau ikutkan dari dulu period mama tak regular. Kadang-kadang 2 bulan sekali baru period. Mungkin hormon atau mungkin stress kerja.

Lepas kahwin macam-macam mama fikir. Mampu kah mama bagi zuriat kat abah dengan period tak regular? Sedih sampai menangis memikirkan. Tapi abah tetap nasihatkan mama supaya bersabar dan berdoa banyak-banyak.
Mama teringat dulu pernah ambil GLA complex Shaklee mase zaman housemen. Tapi stop kejap. Lepas kahwin mama ambil semula GLA complex untuk regularkan period dan terus berdoa moga dikurniakan zuriat yang soleh dan sempurna.

Alhamdulillah bulan bulan period datang dan bulan April 2015 mama disahkan mengandung selepas 3 bulan berkahwin.

Tau tak ape itu GLA complex?

Image result for GLA complex



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Fungsinya:

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf. 


Bagi ibu-ibu yang ingin ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Jangan berputus asa. Rezeki Allah itu ada di mana-mana. Terus berusaha dan berdoa. Semoga dipermudahkan.

Nak dapatkan GLA complex boleh hubungi Mama Umar.

Mama Umar
011-21885902 

Thursday, November 20, 2008

Wisata Alam




Pangandaran, pantai yang pernah menjadi mangsa ombak ganas rentetan bencana gempa sebesar 9 skala Richter pada tahun 2004 yang turut menimpa serambi Mekah, Aceh. Bandar kecil ini terletak di Ciamis, Jawa Barat.

2007, di tengah kepekatan malam, ketika homo sapiens sedang diulit mimpi indah merehatkan tubuh untuk meneruskan aktiviti pada esok hari, ada juga yang memenuhi keperluan rohani berduaan bermunajat bersama sang Pencipta yang dirindui sentiasa, ada juga yang berjaga seperti kelawar dan siangnya berhibernasi. Bermacam ragam si homo sapiens. Di tengah kepekatan malam itu juga kami dengan menaik bas berhawa dingin menempuhi perjalanan ke Pangandaran sebagai destinasi wisata. Kegembiraan terlukis di wajah masing-masing kerana tidak sabar untuk menatap laut yang luas tanpa batas beratapkan langit biru dan keindahan fajar menyingsing.

Tiada lebuh raya yang selesa dibatasi tol untuk tiba ke destinasi. Laluannya hanyalah jalan raya kampug yang bengkang-bengkok dan tidak rata. Saya hanya tidur-tidur ayam kerana sering terjaga akibat gegaran bas. Inilah pengorbanan yang perlu dibayar untuk menatap keindahan alam yang jauh dari suara mobil dan motosikal, jauh dari asap kenderaan yang menyesakkan dada, dan jauh dari lautan homo sapiens yang pelbagai pe’el. Seperti perjalanan dakwah Rasulullah dan sahabat-sahabat yang penuh duri dan pengorbanan sebelum mencapai zaman kegemilangan Islam. Semuanya berkat kesabaran yang menguji keimanan.

Kami tiba sebelum azan subuh berkumandang mengajak umat islam menuju kemenangan. Sebuah rumah sederhana dan beberapa buah bilik kecil disewa untuk beristirehat dan solat. Usai menunaikan keperluan rohani dan jasmani kami menapak kearah laut untuk menyaksikan matahari terbit. Terdapat kesan-kesan tsunami yang masih bersisa. Namun sedang mengalami proses penyembuhan. Desiran ombak terus bertasbih menggetarkan gegendang telinga persis hiburan yang menenangkan. Rakan-rakan melakukan agenda masing-masing. Ada yang membuka bekalan sandwich dan bihun goreng untuk mengalas perut, ada yang bermain bola tampar, ada yang berfoto kenangan, dan ada yang ke gigi air berkejaran dengan ombak. Ombak itu yang dulunya pernah mengganas marah kerana patuh pada Sang Pencipta. Tentu hikmah di sebaliknya yang lebih indah.

Setelah puas bermain, kami diajak menaiki bot ke pulau berdekatan. Di tengah lautan kami dapat menatap batu karang di dasar lautan dek kerana airnya yang jernih. Batu karang yang di tepi-tepinya kaya dengan plankton sebagai makanan sang ikan. Setibanya di pulau kecil, kami dibawa mengelilingi pulau dan dibawa memasuki gua yang kaya dengan stalaktit dan stalagmit. Setibanya di gigi pulau itu kami tidak melepaskan peluang membersihkan diri dengan air masin yang jernih.

Pada sebelah petang pula masa diisi dengan aktiviti masing-masing. Ada yang menaiki basikal menyusuri jalan pantai. Ada yang membeli cenderamata buat kenang-kenangan. Tidak banyak kedai yang didirikan di sepanjang pantai. Mungkin dalam proses menunggu luka untuk sembuh selepas tsunami. Namun rezeki Allah berada di mana-mana. Lautan itu sendiri punya pelbagai khazanah dan kaya dengan sumber protein sebagai keperluan gizi si homo sapiens. Sedang menikmati matahari tenggelam di dada lautan, aku didatangi seorang ibu yang menjual bingkai cermin dan bingkai nama Allah dan Rasulullah dan juga rantai kunci tulisan Pangandaran. Ditepi bingkai tersebut terdapat kulit kerang tersusun rapi hasil kerja tangan. Pertama kali aku melihat ibu-ibu berjaja di tepi pantai membawa barang-barang jualan dari seorang pelanggan ke pelanggan lain demi mencari sesuap nasi.

Sang matahari mula mengundur diri memberi peluang sang bulan menampilkan diri. Hakikatnya adalah bumi yang sentiasa berputar pada paksi tanda patuh kepada Illahi. Proses luar biasa yang sentiasa berulang mengganti hari hingga tiba kiamat. Sebelum pulang kami dihidangkan dengan sumber protein dari lautan yang dibakar. Sungguh enak hasil lautan segar. Kagum dengan para nelayan yang menjadi tuan kepada perahu sendiri. Walau badan sudah dimamah usia tapi masih tegar mencari rezeki. Tidak perlu berkerja makan gaji dengan orang lain. Tengah malam tiba lagi. Kami perlu pulang untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai selagi roh dikandung badan. Wallahualam.

Saturday, November 15, 2008

Catatan Kenangan




JULAI 2006 , tiba saatnya saya perlu mengucapkan selamat tinggal bunda ayahanda, selamat tinggal Malaysia, anakanda perlu berangkaat ke Negara seberang untuk mencapai matlamat yang satu. Butir-butir jernih yang terkumpul di pelupuk mata ditahan-tahan saat bunda memeluk erat tubuh ini. Ayahanda mencium ubun-ubun di kepala lalu mengucapkan kata-kata semangat,
“Belajar rajin-rajin. Ingat Allah selalu”, pesan sang ayah.

InsyaAllah ayahanda, bunda, anakanda akan ingat pesanan itu. Saya bersama beberapa orang sahabat menuruni escalator untuk pemeriksaan passport. Beberapa kali saya berpaling untuk melambai kepada ayahanda, bunda. Saya terharu melihat ayahanda, bunda melambai kembali ke arah saya. Selepas masuk ke perut KL international airport, saya tidak dapat lagi menatap wajah mereka.

Saya melangkah mengikut rentak rakan-rakan untuk prosedur seterusnya. Masing-masing diam melayan perasaan masing-masing. Inilah kali kedua aku menaiki kapal terbang. Pertama kalinya saya hanya menaiki penerbangan domestic bersama keluarga ketika masih kanak-kanak. Kali ini semuanya perlu dilakukan sendiri.

Penerbangan memakan masa selama dua jam setengah bersama Malaysia Airlines. Di sebelah saya adalah pemuda Indonesia yang setahun lebih muda dari saya. Kami sempat bertegur sapa dek kerana keramahannya. Menurutnya, mereka adalah sekumpulan pelajar pertukaran ke USA. Tidak hairanlah bahasa Inggerisnya begitu mantap. Saya pula merangkak-rangkak cuba berbual dengannya dalam bahasa kedua di Malaysia. Saya sedar anak-anak Indonesia sangat dahagakan ilmu yang seluas lautan. Kendatipun airnya diteguk takkan habis juga. Saya bersyukur kerajaan Malaysia sangat mementingkan pendidikan dan banyak peruntukan disalurkan untuk pendidikan. Buktinya ramai anak Malaysia dihantar ke Negara asing untuk menimba ilmu dan pengalaman supaya mereka dapat berbagi ilmu itu apabila pulang kelak. Cuma di sini peruntukannya kurang. Untuk masuk ke universiti perlu ditanggung sendiri. Orang kaya bertambah kaya. Yang kurang tetap begitu.

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta disambut mesra oleh beberapa orang senior Malaysia yang sedia menjemput. Kami pada ketika itu seramai 42 orang perlu menaiki bas untuk ke Jatinangor, Jawa Barat, destinasi pendidikan kami. Perjalanan selama 3 jam itu masih jauh. Saya membuang pandangan ke luar tingkap. Lebuh raya tidak ubah seperti lebuh raya di Malaysia. Saya sudah mula rindukan Negara tercinta. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Di kiri kanan jalan terbentang sawah padi hijau saujana mata memandang. Saya terlena dalam kepenatan yang tidak tergambarkan.

Saya terjaga saat tiba di rumah makan khas sunda, Rumah Gazebo, Bandung. Bandung didominasi oleh kaum Sunda yang terkenal dengan sifat ramah dan sopan santun. Saya tidak nafikan gadis-gadis sunda terkenal cantiknya. Kami disajikan dengan makanan Sunda. Seingat saya ada sup yang berisi setengah tongkol jagung dan kekacang, dan ayam bakar dimakan dengan nasi panas. Perut saya sudah menyanyi-nyanyi minta diisi. Seusai solat kami berangkat ke Jatinangor. Jatinangor adalah kawasan pendidikan kerana di situ saja sudah terdapat beberapa buah universiti.

Perjalanan mengambil masa selama 45 minit dari Bandung ke Jatinangor. Pohon semarak api di kiri kanan jalan Universitas Padjadjaran menjadi saksi ketibaan kami. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di UNPAD(singkatan untuk nama U), hilang persepsi-persepsi indah tentang universiti. (Pengajarannya: Janganlah ade high expectation ye). Universiti ini beza sekali dengan universiti di Malaysia. (Takkan same lak kan) Ia berhampiran dengan tempat tinggal penduduk tempatan. Rumah-rumah mereka sederhana yang sangat rapat. Dikelilingi pula dengan bukit-bukit yang separuh gondol. Pada ketika itu merupakan musim kemarau. Jalan di universiti agak kering-kontang dan berdebu.

Saat kami tiba, kesejukan mula menggigit hingga ke tulang hitam seperti berada di Cameron Highland. Pemandangan kegemaran saya adalah Jambatan Cincin. Di bawah jambatan tersebut terhampar sawah bukit yang menghijau. Jambatan Cincin merupakan jambatan kereta api tinggalan Belanda untuk tujuan perekonomian. Kini jambatan itu telah menjadi laluan bagi orang awam. Subhanallah. Saat berjalan bertafakkur alam hati ini terus terkagum-kagum. Indah sungguh ciptaanNya. Sudah lama ingin merakamkan sendiri ‘view’ indah ini. Saya cuba menjejaki jambatan ini untuk melihat dengan lebih dekat. Sayang sekali tanah berhampiran di aniaya dengan pembuangan sampah-sarap. Tidak hairanlah banyak sekali kes diare dan demam denggi berdarah.

Saya ingin mengatakan Bandar ini adalah Bandar intelek. Banyak sekali buku-buku terjemahan boleh didapati di sini. Maklumlah bukan semua orang boleh membaca bahasa asing seperti bahasa arab dan bahasa jepun. Orang-orang Malaysia yang datang ke sini ada juga yang memborong buku-buku islamik kerana kosnya yang agak murah dan mudah didapati. Saya sering ke kedai buku Mentari yang terletak berhampiran kampus kerana di situ saya boleh membeli buku dengan harga yang murah daripada harga pasaran. Mungkin bapak tauke kedai itu beramal jariah dengan cara itu. Semoga Allah murahkan rezekinya. Bak kata sahabat saya, tidak rugi berbuat baik kerana Allah akan membalas dengan berlipat ganda.

Sekian perkongsian pengalaman yang tidak seberapa. Hampir tiga tahun kami di sini. TIdak lama lagi kami perlu pulang ke tanah air .InsyaAllah. Ya Allah semoga dipermudahkan urusannya. Catatan ini adalah sebagai kenangan sepanjang berada di sini. Sebenarnya, banyak lagi kenangan pahit dan manis di sini. Yang pahit itu terpaksa juga ditelan supaya menjadi penawar di kemudian hari. Jika ada silap kata mohon dibetulkan. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk dari diri saya sendiri.