Assalamualaikum. Lama tak berceloteh di blog ni. Sebenarnya nak
share pengalaman mama bercuti di Grand Lexis Port Dickson. Dah lama mengidam
nak tinggal satu malam di chalet atas air dan mandi di kolam private pool tu.
.
Hari Khamis yang lepas abah ajak pergi booking bilik di
Grand Lexis. Lepas Maghrib kami pon pergi booking. Receptionist tu beritahu
bilik deluxe yang untuk 2 orang dah penuh. Yang tinggal hanya bilik executive
dan bilik yang lagi mahal. Kami berfikir panjang juga. Sementara ada rezeki
bonus Shaklee kami setuju untuk ambil bilik executive pool villa.
.
Hari Sabtu yang ditunggu tiba. Masing-masing excited. Kami check
in pukul 3 petang. Lepas check in kami dibawa oleh kenderaan buggy sampai depan
pintu bilik chalet. Terpegun melihat suasana seperti perkampungan atas air. Sangat
cantik.
.
Masuk bilik sahaja kami disajikan dengan pemandangan private
pool yang cantik. Hanya kami saja yang akan mandi di kolam itu. Tanpa orang
lain. Kami memang mementingkan aurat. Hence private pool is the best choice. Fasiliti
lain termasuk 2 buah katil king yang empuk, sebiji tv, ada dapur dilengkapi
microwave, dan bilik air yang sangat selesa dan bersih.
.
Aktiviti petang tu adalah mandi pool. Umar sangat excited
pada mulanya tapi selepas beberapa ketika dalam air dia mula menggigil
kesejukan. Mama risau juga. So kejap je mandi. Lepas mandikan Umar, dia pon
lena kepenatan.
.
Petang kami jalan-jalan menyusuri perkampungan atas air
sambil menyaksikan matahari terbenam. Tempat ni sangat sesuai untuk pasangan
pengantin berhoneymoon. Tapi ramai juga yang datang berkeluarga dan ada juga
sekumpulan remaja.
.
Masuk waktu maghrib kami pon masuk bilik. Aktiviti malam
adalah dinner dan tidur merehatkan diri. Keesokan paginya lepas menunaikan
solat Subuh kami keluar untuk breakfast yang disediakan sekali dengan pakej
penginapan. Breakfast buffet yang menyediakan pelbagai juadah makanan. Rambang mata
dibuatnya. So mama dan abah makan nasi goreng dengan telur dadar. Umar makan
bubur nasi telur dadar. Dessert pulak adalah pudding roti yang sedap. Sebenarnya
nak makan lagi. Tapi perut dah kenyang.
.
Jadi kami pon balik bilik. Aktiviti seterusnya adalah mandi
pool lagi. Kami mandi puas puas sebab dah last day. Lepas puas mandi
masing-masing kepenatan dan sambung tidur lagi. Tepat pukul 12 tengahari kami
pon check out.
.
Overall sangat puas hati dan in sya Allah kalau ada rezeki
lagi nak cuba Lexis Hibiscus water chalet pulak. Bagi yang berminat nak pergi chalet
macam ni booking la awal-awal sebab memang laku betul. Lambat je mesti dah
penuh..
Ni yang buat mama bersemangat nak usaha dapatkan bonus
Shaklee gemuk-gemuk so that at the end of the day dapat reward diri camni.
.
Sebenarnya Shaklee bukan bagi bonus je. Shaklee juga bagi
peluang untuk pergi Umrah, international trip ke jepun, USA dan naik cruise. Bestnya.
.
BERMINAT NAK JADI BISNES PARTNER MAMA? SO FAR KITA DAH ADA
BEBERAPA ORANG AGEN
1)
NORMAH (TAIPING)- 0125695284
2)
FATIMAH (IPOH)- 0195261652
3)
ATIQAH (PAHANG)- 01140220010
4)
AIN (KUALA LUMPUR)- 0178463034
5)
EFY (AMPANG)- 0182989161
.
BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA ATAU AGEN SAYA DI ATAS
MAMA UMAR 0134234359